Sejarah Ternak Kuda

Ringkasan Sejarah Kuda 

Kuda sudah lama berada dibumi dan berselerak diseluroh dunia. Kuda telah disimpan dan diternak oleh manusia sejak beribu-ribu tahun sebelum masehi. Diantara baka kuda kuno atau 'ancient horses' ialah Kuda Liar Asia (terdapat disekitar Asia Tengah saperti Mongolia, Turkomen, Afghanistan, Mongolia ), Kuda Morgan ( USA), Tarpan, Arab ( Timur Tengah). 

Dari kuda-kuda manusia mula menjinakkannya dan menjadikannya sebagai aset yang amat penting baik dalam peperangan, pertunjukan, sirkas, sukan, pertandingan dan sebagainya. 

Di Malaysia, kuda diternak dan dipelihara oleh segelintir masyarakat setempat saperti di Kelantan, di Sabah, Kuala Lumpur, Ipoh, Pulau Pinang, Johor, Pahang, Melaka, dll. 

Di Kelantan dan Sabah biasanya kuda diternak untuk tujuan pertanian, pertandingan lumba kuda, pertunjukan dan sebagainya. di Kelantan biasanya kuda diternak sebagai hobi untuk masa lapang selepas para petani selesai melakukan pertanian mereka saperti selepas menanam padi atau menoreh getah. Disebelah petang anak-anak muda akan menunggang kuda sebagai rekreasi atau merelakkan penat badan. 
Sementara di Ipoh, Kuala Lumpur, Pualau Pinang kuda digunakan untuk tujuan perlumbaan profesional. 

Kuda (Equus caballus atau Equus ferus caballus) adalah salah satu dari sepuluh spesies modern mamalia dari genus Equus. Hewan ini telah lama merupakan salah satu hewan ternak yang penting secara ekonomis, dan telah memegang peranan penting dalam pengangkutan orang dan barang selama ribuan tahun. 

Kuda dapat ditunggangi oleh manusia dengan menggunakan sadel dan dapat pula digunakan untuk menarik sesuatu, seperti kendaraan beroda, atau bajak. Pada beberapa daerah, kuda juga digunakan sebagai sumber Makanan. Walaupun peternakan kuda diperkirakan telah dimulai sejak tahun 4500 SM, bukti-bukti penggunaan kuda untuk keperluan manusia baru ditemukan terjadi sejak 2000SM.

Subscribe to receive free email updates: